KECERDASAN SPIRITUAL DAN KESIHATAN MENTAL REMAJA

Siti Nazurulaina Haji Aripin, Siti Aishah Yahya, Suhaya Deraman, Noraini Abdol Raop

Abstract


Kajian ini merupakan kertas konsep yang bertujuan mengkaji kecerdasan spiritual dan kesihatan mental dalam kalangan remaja di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka. Metodologi kajian ini menggunakan kajian perpustakaan iaitu menganalisis kajian lepas berdasarkan tajuk utama kajian ini. Menurut data statistik kajian lepas, menunjukkan tahap kesihatan mental dalam kalangan penduduk Malaysia semakin membimbangkan. Masalah kesihatan mental dijangkakan akan menjadi pembunuh nombor dua di Malaysia selepas penyakit jantung dalam abad ke-21 ini. Kesihatan mental yang tidak diuruskan dengan baik boleh membawa kepada pelbagai kemudaratan sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada individu lain. Berdasarkan situasi ini, aspek kecerdasan spiritual dijangkakan mempunyai perkaitan dengan kesihatan mental kerana banyak permasalahan dalam kehidupan hari ini dikenal pasti berpunca daripada masalah spiritual yang tidak diurus dengan sempurna. Oleh itu, kecerdasan spiritual dilihat sebagai pemangkin utama kepada kesejahteraan kesihatan mental remaja dalam mendepani setiap permasalahan hidup yang penuh cabaran dan perlukan sokongan pelbagai pihak untuk membantu remaja dalam pengurusan kehidupan seharian untuk lebih produktif dan cemerlang.

Keywords


Kecerdasan Spiritual; Kesihatan Mental; Remaja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.