ANALISIS PENGAMALAN HISBAH DALAM PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI PONDOK BUSTANUL ARIFIN BANTING SELANGOR

Muslihah Mazlan, Siti Nur Afiqah Shafie, Noor Azizah Jakaria

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan hisbah dalam pengurusan disiplin pelajar khususnya di salah satu institusi pendidikan Islam di Malaysia iaitu Pondok Bustanul Arifin Selangor. Kajian ini juga ingin mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pengurusan disiplin pelajar serta menganalisis hubungannya dengan amalan hisbah. Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis kajian kes dengan sampel sejumlah 13 orang. Sampel terdiri daripada seorang pengetua, tiga orang guru dan sembilan orang pelajar yang terlibat dalam pengurusan kaedah disiplin tersebut. Instrumen yang digunakan adalah tembual separa struktur iaitu soalan-soalan umum disediakan terlebih dahulu dan soalan yang khusus hanya ditentukan semasa sesi temubual berlangsung. Data lisan dari rakaman temubual telah ditranskripsi, kemudian dianalisa kandungannya. Dapatam kajian mendapati terdapat beberapa amalan hisbah dalam pengamalan disiplin pelajar di institusi pendidikan Islam. Antara amalan hisbah merangkumi tiga aspek utama iaitu akidah iaitu musyaratah(perjanjian hati), syariah iaitu muraqabah (pemerhatian tingkah laku) dan muhasabat (memperhitung diri) dan akhlak iaitu mu'aqabah (peneguhan rohani), mujahadah (penentangan nafsu) dan mu'atabah (pembersihan jiwa) mampu memberi kesan terhadap pembentukan disiplin pelajar.

Keywords


Hisbah; Pengurusan Disiplin; Institusi Pendidikan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.