PENGURUSAN RISIKO BENCANA ALAM BERTERASKAN MAQASID SYARIAH: SATU SOROTAN LITERATUR

Muhammad Hilmi Mat Johar, Khairul Azhar Meerangani, Farhat Nazirul Mubin Bohari, Aizul Mohd Ismon

Abstract


Fenomena bencana alam merupakan suatu peristiwa atau kejadian yang melanda seluruh pelusuk bumi sama ada di kawasan yang mendatar, landai mahupun di cerun. Bencana alam yang berlaku boleh meragut ribuan nyawa manusia, kemusnahan tempat tinggal, kehilangan harta benda dan kerosakan alam sekitar. Dalam hal ini, Islam telah menyediakan pelbagai panduan berhubung tatacara pengurusan alam sekitar yang komprehensif dan lestari. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau kajian-kajian literatur berkaitan pengurusan risiko bencana alam berteraskan maqasid syariah. Kajian dilakukan secara kualitatif menerusi sorotan terhadap data kepustakaan klasik dan kontemporari serta laporan-laporan berkaitan bencana alam di Malaysia. Maqasid Syariah merupakan gagasan perbahasan yang memfokuskan matlamat merealisasikan al-daruriyyat al-khams dalam kehidupan manusia, sebagai makhluk yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan menguruskan bumi ini. Justeru, aspek pengurusan alam sekitar dan risiko bencana merupakan antara tema penting yang perlu diwacanakan bagi menghasilkan suatu garis panduan yang bersifat holistik dan komprehensif dengan penekanan bukan sahaja terhadap unsur fizikal dan material, bahkan turut memfokuskan aspek spiritual bagi memastikan kelestarian sumber alam selain meminimumkan risiko bencana alam terhadap manusia.

Keywords


Pengurusan Risiko; Bencana Alam; Maqasid Syariah; Kelestarian

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.