TRANSFORMASI PEMIKIRAN DAN NASIONALISME ABUL KALAM AZAD (1888-1958M) DI INDIA

Farrah Wahida Mustafar, Adam Badhrulhisham

Abstract


Artikel ini mengkaji usaha dan sumbangan Abul Kalam Azad dalam gerakan islah dan pembaharuan di India. Dalam usaha memperjuangkan ideologi perpaduan antara nasionalisme dan pan-Islam, Abul Kalam Azad cuba untuk menimbulkan rasa cinta masyarakat Islam dan Hindu terhadap tanah air (semangat patriotisme) dan agama kerana menganggap dua perkara tersebut seiring yang tidak boleh dipisahkan. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti latar belakang Abul Kalam Azad serta meneroka sumbangan beliau dalam transformasi nasionalisme serta pemikiran Islam sebagai panduan masyarakat Islam dan di India. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian sejarah dan analisis kandungan. Kajian ini mengumpulkan data melalui dokumentasi yang berkaitan dengan Abul Kalam Azad. Dapatan kajian mendapati Abul Kalam Azad sebagai seorang tokoh pembaharuan pemikiran Islam telah menggunakan medan politik sebagai medan penanaman semangat sayangkan negara dan tanahair serta menghubungjalinkan persaudaraan kepada seluruh masyarakat di India. Dalam masa yang sama, berdasarkan keadaan umat Islam yang berada dalam kemunduran ketika itu, Abul Kalam Azad banyak menggunakan kaedah kefahaman Islam berasaskan tekstual-kontekstual bagi memudahkan penerapan dan kefahaman masyarakat Islam terhadap sumber ajaran Islam. Walau bagaimanapun transformasi pemikiran Azad memperlihatkan unsur pluralisme agama yang kuat dalam pemahaman beliau seperti yang terdapat dalam karya agungnya Tarjuman al-Quran.

Keywords


Abul Kalam Azad; Pemikiran; Nasionalisme

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.