KEPERLUAN PARAMETER SYARIAH KONTRAK PINTAR BAGI MENINGKATKAN KEPERLUAN PEMILIKAN RUMAH UNTUK GOLONGAN B40: SOROTAN LITERATUR

Suhaidi Abu Hasan, Rahisam Ramli, Ronizam Ismail, Suhaimi Abu Hasan

Abstract


Tahap pemilikan rumah bagi golongan B40 sememangnya kurang memberangsangkan. Unjuran kadar permohonan pinjaman yang dilakukan sebanyak 25.8% ditolak oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2017. Kajian ini dilakukan berdasarkan tiga faktor utama iaitu pembiayaan rumah secara Islam masih belum aktif selari dengan kebangkitan fintech menggunakan kontrak pintar, terdedah dengan risiko pembiayaan tidak layak serta profil kewangan golongan B40 lemah dan menghadapi masalah dalam memenuhi keperluan harian dan Skim Pembiayaan Perumahan yang wujud kurang berkesan kerana golongan B40 masih mempunyai obligasi dalam pembayaran balik pinjaman. Kajian ini merupakan sebuah kajian fundamental untuk dikongsikan kepada masyarakat khususnya golongan B40 bagi meningkatkan pemilikan rumah menggunakan alternatif yang lebih mudah, cepat dan menjimatkan kos serta patuh syariah sesuai dengan kebangkitan fintech. Objektif kajian ini adalah membina keperluan parameter syariah kontrak pintar bagi meningkatkan pemilikan rumah untuk golongan B40 merujuk kepada tiga bahagian iaitu, pertama kajian ini dapat mengenal pasti kaedah pelaksanaan kontrak pembiayaan pada masa kini, kedua adalah kajian ini dapat menganalisis keperluan parameter syariah kontrak pintar pembiayaan rumah dan yang ketiga adalah kajian ini dapat mencadangkan keperluan parameter syariah kontrak pintar bagi meningkatkan pemilikan rumah untuk golongan B40. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif. Pengkaji menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu perpustakaan dan temubual. Kaedah analisis yang digunakan merujuk kepada empat kaedah iaitu analisis kandungan, kaedah diskriptif, kaedah tematik dan transkriptif. Kajian ini dijangka menghasilkan keperluan parameter syariah kontrak pintar bagi meningkatkan pemilikan rumah khususnya untuk golongan B40.

Keywords


Keperluan Parameter Syariah; Kontrak Pintar; Pemilikan Rumah; Golongan B40

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.