POLIGAMI TANPA KEBENARAN: KAJIAN TERHADAP KES-KES DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH MUAR, JOHOR TAHUN 2015-2019

Norain Mohd Shah, Khairul Azhar Meerangani

Abstract


Kes poligami tanpa kebenaran merupakan antara kes yang sering dilaporkan di mahkamah syariah. Prosedur yang diperkenalkan pihak mahkamah, secara asasnya berperanan memelihara hak dan tanggungjawab setiap pasangan yang berpoligami selaras dengan matlamat syarak. Namun begitu, masih wujud segelintir pihak yang mengambil jalan pintas untuk berpoligami dengan membelakangkan peruntukan undang-undang sedia ada, sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri. Kajian bertujuan mengenalpasti poligami tanpa kebenaran yang dilaporkan di Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor serta implikasi pelanggaran peruntukan tersebut. Kajian dijalankan secara kualitatif menerusi analisis terhadap dokumen penghakiman serta temubual yang dijalankan dengan pihak-pihak yang terlibat dengan prosedur poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Muar, Johor. Prosedur poligami meskipun tidak menjadi salah satu rukun sah perkahwinan menurut Islam, namun ia merupakan asas penting dalam memastikan matlamat perkahwinan tercapai dan terpelihara. Prosedur permohonan dan kelulusan poligami yang ketat dilihat menjadi punca segelintir pihak sengaja mencari jalan mudah untuk berpoligami meskipun tanpa kebenaran daripada pihak mahkamah. Penguatkuasaan yang tegas dan hukuman yang sewajarnya perlu diterapkan bagi mendidik setiap pasangan kepentingan mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan, sekaligus memelihara hak dan tanggungjawab setiap pasangan selepas perkahwinan tersebut.

Keywords


Poligami Tanpa Kebenaran; Prosedur; Pentadbiran; Undang-Undang Keluarga Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.