KETOKOHAN TUAN GURU HAJI ABDUL WAHID BIN OTHMAN DALAM BIDANG DAKWAH ISLAMIYYAH DI MELAKA

Azmi Budin

Abstract


Tuan Guru Haji Abdul Wahid merupakan tokoh pendakwah dan ulama yang tidak asing lagi di Malaysia khususnya di Melaka. Dikenali dengan gelaran Mualim Haji Wahid, beliau sering mengajar dan memberikan kuliah agama di merata tempat bagi meyebarkan lagi ilmu dan dakwah kepada masyarakat sekeliling. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan ketokohan Tuan Guru Haji Abdul Wahid dalam dakwah. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui latar belakang Tuan Guru Haji Abdul Wahid dan ketokohannya. Metode penyelidikan yang digunakan adalah temubual dan dokumentasi. Pengkaji telah menemubual anak Mualim Haji Wahid iaitu Ustaz Jamiluddin bin Wahid yang merupakan seorang mudir di Madrasah an-Nuriah ad-Diniah hingga kini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Tuan Guru Haji Abdul Wahid merupakan tokoh dan ulama yang aktif dalam bidang dakwah serta mendapat pendidikan di dalam dan luar negara. Tuan Guru Haji Abdul Wahid ulama yang terkemuka dan berpengalaman dalam bidang politik. Ini dapat dilihat dalam jawatan yang pernah disandang iaitu sebagai Pengasas PAS Melaka. Beliau juga pengasas kepada penubuhan Madrasah an-Nuriah ad-Diniah pada tahun 1940. Diharapkan kertas kerja ini dapat dijadikan teladan kepada masyarakat umum dari sudut kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu dan ketokohannya.

Keywords


Tokoh; Ulama; Mualim Haji Wahid; Pendakwah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.