PEMBANGUNAN PENGUKURAN MODEL INDEKS SYARIAH DALAM PELAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM DI NEGERI MELAKA: SATU SOROTAN AWAL

Suhaimi Abu Hasan, Mohd Azam Yahya, Abdul Basir Mohamad, Ahmad Faqih Ibrahim

Abstract


Pembanggunan Indeks Syariah merupakan satu kaedah pengukuran saintifik yang digunakan untuk mengukur dan menilai tahap kepatuhan sesuatu program atau usaha yang dijalankan sama ada menepati piawaian Islam serta mengenalpasti ruang pembaikan yang perlu diberi fokus bagi memenuhi keseluruhan Maqasid Syariah. Bidang perundangan Islam merupakan antara salah satu bidang yang difokuskan dalam kajian Indeks Syariah 2015 dan 2017. Sehingga hari ini, belum ada satu model yang dibangunkan dalam menilai tahap kepatuhan syariah dalam bidang ini. Kajian ini adalah kajian analisis lituratur bertujuan bagi membina model pengukuran yang sesuai berindeks berteraskan Muqasid Syariah di negeri Melaka dalam aspek perundangan Islam dengan lebih berkesan. Metod utama kajian ini adalah kualitatif, Pengkaji menggunakan metodologi Systematic Literature Review iaitu sebuah kaedah yang memfokuskan kepada kehendak kajian. Metodologi ini mempunyai tiga peringkat untuk memilih artikel yang bersesuaian dengan kajian iaitu, pengenalpastian (identification), saringan (screening) dan kelayakkan (eligibility). Dapatan kajian memperolehi empat belas (14) artikel yang membincangkan isu pembinaan model Indeks Syariah aspek perundangan Islam di negeri Melaka. Hasil analisis leteratul kajian ini mendapati, tiada kajian yang seumpama dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lalu. Kebanyakan kajian-kajian lepas menggunakan metod kualitatif dan tiada menunjukan kesamaan pada kajian yang ingin dilaksanakan. Kesimpulannya, dengan adanya kajian pembinaan model pengukuran indeks ini, penilaian perundangan Islam terhadap Muqasid Syariah adalah menjadi keperluan dan wajar diperkembangan di peringkat nasional.

Keywords


Indeks Maqasid Syariah; Perundangan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.