SISTEM PEMBELAJARAN DAN KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH/MAAHAD HAFIZ JERAM (BANAT) DAN MAAHAD TAHFIZ SULAIMANIYYAH KAJANG

Abd. Aziz Abdullah, Abd.Aziz Che Ibrahim, Suhaimi Abu Hasan, Mahmood Sabtu

Abstract


Penyelidikan yang dijalankan ini ialah untuk mengkaji Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan al-Quran di dua buah institusi tahfiz di Malaysia iaitu di Sekolah Menengah / Maahad Hafiz Jeram (Banat) dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (Kajang) Selangor. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti sejarah perkembangan sistem dan kaedah hafazan al-quran, mengkaji kaedah yang digunakan di dalam pembelajaran dan penghafazan al-Quran serta kesannya terhadap pelajar. Kajian ini menggabungkan metode kuantitatif dan kualitatif dimana seramai 44 orang responden terpilih dalam kalangan pelajar dari di kedua-dua institusi tahfiz telah diedarkan borang soal selidik di samping membuat temubual bagi mendapatkan maklumat serta mengadakan kajian kepustakaan. Keseluruhan data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

Keywords


Hafazan Al-Quran; Sistem Pembelajaran Tahfiz

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.