HUBUNGAN KESUNYIAN DENGAN KETAGIHAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA SEMASA PANDEMIK COVID-19

Atini Alias, Siti Haziqah Shaban, Siti Marhamah Kamarul Arifain, Aimi Khairunnisa Abdul Karim

Abstract


Ketagihan internet telah mendapat perhatian ramai pengkaji. Kesunyian selalunya dikaitkan dengan masalah kesihatan mental yang mempunyai hubungan dengan ketagihan internet. Individu yang mengalami perubahan sosial yang drastik dan mempunyai mood negatif dikaitkan dengan kesunyian. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Responden terdiri daripada pelbagai fakulti dan bidang pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka. Seramai 169 orang pelajar yang terlibat iaitu 33 orang pelajar lelaki dan 133 orang pelajar perempuan yang berumur antara 19 tahun hingga 22 tahun. Reka bentuk kajian adalah secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini menggunakan soal selidik Skala Kesunyian (UCLA Loneliness Scale) dan Ujian Ketagihan Internet (Internet Addiction Test). Data diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet (r = 0.334, p< .05). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesunyian mengikut tempat tinggal (t= 0.246, p>.05) dan ketagihan internet mengikut tempat tinggal (t= 0.326, p>.05). Kesimpulannya, beberapa pihak perlulah berganding bahu untuk membantu mengurangkan masalah ini demi membentuk pelajar yang sihat dan seimbang dari segi mental, fizikal, sosial dan rohani.

Keywords


Kesunyian; Ketagihan Internet; Pelajar

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.