KETERDEDAHAN WANITA TERHADAP RISIKO BULI SIBER DALAM MEDIA DIGITAL SEMASA PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Khairul Azhar Meerangani, Mohammad Fahmi Abdul Hamid, Ahmad Faqih Ibrahim, Muhammad Hilmi Mat Johar

Abstract


Malaysia merupakan negara ke-9 yang mencatatkan penggunaan media sosial paling aktif di dunia iaitu hampir 80 % daripada keseluruhan penduduknya. Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan ancaman pandemik COVID-19 yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 telah memperkenalkan rakyat Malaysia dengan norma baharu, antaranya penggunaan media digital dan aplikasi atas talian bagi pelbagai tujuan dan keperluan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan peningkatan permintaan terhadap jalur lebar serta aliran trafik penggunaan internet secara mendadak sejak pelaksanaan PKP kerana aktiviti perniagaan, pembelajaran, persidangan, mesyuarat dan sebagainya dijalankan dari rumah. Dalam masa yang sama, sebanyak 3,075 insiden keselamatan siber dilaporkan hanya dalam tempoh 18 Mac hingga 31 Julai 2020 dengan peningkatan sebanyak 109.4% berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya. Berdasarkan statistik, hampir 60% daripada mangsa gangguan siber yang dilaporkan terdiri dalam kalangan wanita. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis keterdedahan wanita terhadap risiko buli siber dalam media digital semasa penguatkuasaan PKP. Kajian dijalankan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan menerusi edaran set soal selidik secara online (google form) kepada 296 responden dalam kalangan wanita di Melaka. Dapatan kajian merumuskan gangguan siber yang berlaku terhadap responden, iaitu menerima cemuhan dan diaibkan dalam media digital (40.2%), akaun aplikasi digital dicerobohi (28.3%), gangguan seksual (32.4%) serta pelecehan fizikal (16.5%). Oleh itu, kesedaran terhadap hak dan tanggungjawab pengguna media digital perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan ekosistem digital yang harmoni dan selamat dalam kalangan masyarakat.

Keywords


Internet; Wanita; Buli Siber; Media Digital; Keselamatan Siber

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.