PERSEPSI STAF KUIM TERHADAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Siti Mahera Ahmat Amin, Hartini Adenan

Abstract


Kebergantungan para graduan kini bukan hanya bergantung kepada kepandaian individu dalam bidang akademiknya semata-mata malah pendedahan graduan terhadap segala aspek yang berkait rapat dengan jalinan kerjasama bersama pihak industri turut memainkan peranan dalam memberikan mereka pencerahan tentang dunia pekerjaan yang sebenar. Nyata, pihak institusi pengajian tinggi menghadapi cabaran dari segi melahirkan graduan yang mempunyai kebolehpasaran seiring dengan kehendak industri. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti persepsi staf KUIM mengenai jalinan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dengan industri yang dapat mempengaruhi kebolehpasaran graduan di Kolej Universiti Islam Melaka. Penyelidik menggunakan instrumen soal selidik yang telah diedarkan kepada 150 orang responden yang terdiri di kalangan staf akademik dan juga staf pentadbiran di Kolej Universiti Islam Melaka. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam memperoleh data. Soal selidik lima mata digunakan bagi mendapatkan data. Penyelidik telah menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) Versi 25 untuk melaksanakan kajian ini. Dapatan kajian ini dapat membantu pihak institusi pengajian tinggi khususnya pihak Kolej Universiti Islam Melaka untuk mengenalpasti jenis atau bentuk jalinan kerjasama yang diperlukan supaya boleh menambahbaik kualiti graduan KUIM sendiri dalam memastikan graduan ini mampu berdaya saing di pasaran.

Keywords


Jalinan Kerjasama; Jalinan Industri; Kebolehpasaran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.