PEMILIHAN KERJAYA SEORANG WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Muhamad Parizi Hassan, Siti Suhaila Ihwani, Zaharah Mustaffa

Abstract


Kertas kerja ini membincangkan tentang perubahan sosio ekonomi dunia yang telah membawa banyak perubahan kepada ketamadunan manusia serta memberi impak terhadap fungsi wanita untuk terlibat sama dalam usaha pencarian pendapatan keluarga. Fenomena menunjukkan kaum wanita begitu komited dalam kerjaya sehingga diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan dalam pelbagai sektor pekerjaan. Namun disebalik keupayaan wanita ini mulai tercetus isu-isu yang menjadi topik perbincangan apabila majoriti daripada mereka mulai gagal mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya. Lonjatan kes sosial dan perceraian di Malaysia mulai ada yang berpunca daripada wanita yang bekerjaya sehingga menjadi topik hangat elemen penyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Kajian literatur mendapati pendekatan Islam khasnya melalui bimbingan wanita yang bekerjaya menurut perspektif Islam dalam mengurus kerjaya dan keluarga masih kurang dibincangkan. Dengan menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan literatur kajian lepas serta buku-buku yang berautoriti solusi telah ditemukan dan boleh menjadi langkah proaktif kepada wanita yang bekerjaya untuk menguruskan keluarga dan kerja. Hasil penelitian mendapati tiga bimbingan relevan yang merangkumi bimbingan peringkat sebelum memilih kerjaya, bimbingan peringkat semasa melaksanakan kerjaya dan bimbingan peringkat menyelesaikan kerja.

Keywords


Wanita; Kerjaya; Tanggungjawab; Bimbingan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.