KELESTARIAN KESIHATAN MENTAL KELUARGA: ANALISIS HADITH KHAYR NIS?’ DALAM SUNAN SITTAH

Rahim Kamarul Zaman, Khairulnazrin Nasir, Abdul Azib Hussain, Muhammad Adam Abd. Azid

Abstract


Kesihatan Mental merupakan sebahagian teras penting kesejahteraan institusi kekeluargaan. Dalam konteks berkenaan, keistimewaan dimiliki para ibu dan isteri diyakini berupaya mempengaruhi kesejahteraan dan kelestarian kesihatan mental institusi keluarga. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengemukakan keperihalan wanita terbaik berdasarkan hadith-hadith Khayr Nis?’ dalam Sunan Sittah. Maryam bintu ?Imr?n RA dan Khad?jah bintu Khuwaylid RA merupakan dua ikon muslimah yang dinobatkan dalam kompilasi hadith berkenaan. Kajian berbentuk aplikasi teori ini, digarap berasaskan metode kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati keperihalan Khayr Nis?’ memaparkan teladan terbaik kaum wanita di samping keistimewaan yang dikurniakan kepada para ibu dan isteri dalam struktur institusi kekeluargaan. Kesimpulannya, kelestarian kesihatan mental keluarga adalah terjamin apabila kaum wanita memainkan peranan sewajarnya sebagaimana teladan wanita terbaik dipaparkan dalam hadith-hadith Khayr Nis?’.

Keywords


Kelestarian; Kesihatan Mental; Keluarga; Khayr Nis?’; Sunan Sittah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.