TAHAP PENGGUNAAN INOVASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) PENSYARAH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Saharia Ismail, Roslida Saad, Noor Adawiyah Ahmad Radzi, Nor Ainee Idris, Noorizda Emellia Mohd Aziz

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran penggunaan komputer dan tahap penggunaan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) pensyarah Koleh Universiti Islam Melaka. Kajian ini berbentuk tinjauan yang melibatkan 132 orang responden pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka. Alat kajian ialah satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil utama kajian ini mendapati bahawa tahap kemahiran komputer secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi iaitu min=3.82. Manakala penggunaan inovasi ICT dalam pengajaran adalah pada tahap sederhana iaitu min = 2.73. Justeru itu dicadangkan pelbagai latihan ICT diadakan atau dihadiri oleh pensyarah agar dapat mempelbagaikan penggunaan inovasi ICT dalam PdP.

Keywords


IR 4.0; Kemahiran komputer; Inovasi ICT dalam PdP

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.