PERSEPSI MASYARAKAT NEGERI MELAKA TERHADAP PERANAN MASJID KETIKA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Jismi Md Salleh, Mohd Syazwan Karim, Nor Adila Kedin, Shahitul Badariah Sulaiman

Abstract


Sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, masjid berfungsi bukan hanya sebagai tempat orang Islam melakukan ibadah khusus semata-mata, tetapi peranan masjid merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk di dalam menguruskan hal ehwal ekonomi penduduk sekitarnya. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia bagi mengekang penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan secara langsung kepada masyarakat untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Di dalam menghadapi saat sukar ini, timbul persoalan sama ada pihak masjid telah membantu ahli-ahli kariah di sesuatu kawasan dengan sewajarnya. Justeru, objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisis persepsi masyarakat di negeri Melaka terhadap peranan masjid ketika tempoh perlaksanaan PKP. Kajian lapangan dijalankan menggunapakai borang soal selidik yang diedarkan kepada responden-responden di negeri Melaka. Data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dan turut dihuraikan secara kualitatif agar aspek-aspek kekuatan dan kelemahan pengurusan masjid serta cadangan-cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh responden dapat diperincikan dengan jelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat di negeri Melaka mempunyai persepsi yang positif terhadap peranan masjid di dalam membantu ahli-ahli kariah yang terjejas kehidupan mereka semasa PKP tetapi beberapa aspek penambahbaikan perlu dilakukan. Kajian ini telah membuka ruang untuk kajian lain dilakukan terhadap bagaimana pihak masjid perlu memperbaiki peranannya agar lebih berkesan di dalam membantu ahli-ahli kariah yang mengalami kesukaran hidup pada masa akan datang.

Keywords


Masjid; Ahli Kariah; Perintah Kawalan Pergerakan; COVID-19; Bantuan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.