WAQAF DAN IBTID?’: PERKAITAN DENGAN ILMU-ILMU LAIN DALAM MENENTUKAN TEMPAT WAQAF DAN IBTID?’ DI DALAM AL-QURAN

Fikri Ihsan Khairuddin, Haneefa Shahrom

Abstract


Waqaf dan ibtid?’ merupakan sebahagian daripada ilmu tajwid yang para pembaca al-Quran dituntut untuk mempelajarinya. Kesalahan dalam penentuan tempat waqaf dan ibtid?’ boleh menyebabkan perubahan pada makna ayat al-Quran. Namun begitu, tempat waqaf dan ibtid?’ tidak dapat ditentukan melainkan setelah mengetahui pelbagai ilmu seperti ilmu nahu, tafsir, qira?t dan feqah. Para ulama dalam pelbagai bidang ramai yang memasukkan perbahasan waqaf dan ibtid?’ dalam karangan mereka. Begitu juga ulama qurr?’ memasukkan perbahasan ilmu nahu, tafsir, qira?t dan feqah dalam karangan mereka yang berkaitan dengan waqaf dan ibtid?’. Justeru, penulisan ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang kaitan antara ilmu waqaf dan ibtid?’ dengan ilmu-ilmu lain dan kepentingan mengetahui pelbagai ilmu dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?’. Kajian dilakukan berdasarkan kajian kepustakaan dengan mengkaji perkaitan ilmu-ilmu tersebut di dalam kitab-kitab waqaf dan ibtid?’ yang ditulis oleh para ulama. Kajian mendapati ilmu waqaf dan ibtid?’ sangat berkait rapat dengan ilmu nahu, tafsir, qira?t dan feqah. Implikasi daripada kajian ialah pengetahuan dalam ilmu nahu, tafsir, qira?t dan feqah sangat diperlukan dalam menentukan tempat waqaf dan ibtid?’ di dalam al-Quran. Dengan mengetahui kaitan antara ilmu-ilmu tersebut, para pembaca al-Quran lebih cakna dengan kaedah penentuan tempat waqaf dan ibtid?’.

Keywords


Waqaf ibtid?’; Perkaitan; Ilmu; Kepentingan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.