APLIKASI MAQASID SHARIAH DALAM MEMBINA STANDARD KONSEP HOSPITAL PATUH SHARIAH

Mohd Izzuddin Mohd Noor, Fatimah Nadirah Mohd Noor

Abstract


Hospital Patuh Shariah merupakan institusi kesihatan yang popular di kalangan Muslim pada hari ini. Walaupun institusi kesihatan ini mendapat sambutan yang hebat daripada masyarakat, namun sampai sekarang belum wujud penerangan yang jelas dan terperinci berkaitan dengan standards konsep Hospital Patuh Shariah. Maka dalam konteks ini, timbul persoalan, adakah Maqasid Shariah mampu dibentuk sebagai standards konsep Hospital Patuh Shariah dan bagaimana Maqasid Shariah boleh diaplikasikan dalam isu ini. Maka, tujuan kajian ini ialah untuk melihat pengaplikasian Maqasid Shariah sebagai parameter terhadap konsep Hospital Patuh Shariah. Kajian kualitatif ini akan menghimpunkan maklumat daripada kitab-kitab fiqh turath dan kontemporari, kajian-kajian ilmiah, fatwa-fatwa terkini dan akhbar-akhbar berkaitan dengan Maqasid Shariah dan Hospital Patuh Shariah. Selain daripada itu, kajian ini juga akan menganalisis pandangan ilmuwan dan ulamak daripada mazhab yang pelbagai. Semua maklumat ini akan dihadam untuk mendapatkan gambaran yang terbaik berkaitan dengan konsep Hospital Patuh Shariah daripada perspektif Maqasid Shariah. Hasil kajian menunjukkan bahawa Maqasid Shariah boleh menjadi instrument panduan dalam memastikan perjalanan sesebuah hospital bertepatan dengan prinsip Shariah. Oleh itu, secara kesimpulannya Maqasid Shariah sepatutnya dibangunkan sebagai alat medium interaksi Shariah dengan industri kesihatan.

Keywords


Maqasid Shariah; Standards; Hospital Patuh Shariah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.