INTERNATIONALISATION OF THE ISLAMIC THOUGHT: THE CONTRIBUTIONS OF SAYYED ISMAIL (1936-2010)

Sayyed Mohamed Muhsin, Mohd. Noh Abdul Jalil

Abstract


Kertas kerja ini mengkaji sumbangan intelektual Sayyed Ismail Bukhari (1936-2010), seorang ulama besar, pengarang dan pengasas dari India Selatan. Walaupun dikenali dengan keperibadian unggul dan karya-karya asli, tiada kajian serius ditemui yang meneliti secara kritis berkaitan penulisan kajiannya tentang pemikiran Islam dan relevansi ilmu yang diwahyukan. Dengan menggunakan kaedah penilaian analitikal, penyelidikan ini mengkaji karya Sayyed Ismail dan usaha beliau untuk mengembangkan pemikiran Islam kepada seantero dunia. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa beliau mengarang sebahagian besar bukunya dalam bahasa Arab untuk tujuan mendekati masyarakat luar dan melangkaui pembaca-pembaca umum dari dunia Islam. Sayyed Ismail menghasilkan karya-karya penting dan berpengaruh mengenai tafsir al-Quran, hadis, fiqh, teologi dan koleksi Khu?bah Arab mengenai isu-isu kontemporari pada zaman beliau. Kajian ini juga mendapati bahawa Sayyed Ismail sememangnya seorang pengasas yang aktivis dari Kerala yang mana kerja-kerjanya membawa masyarakat Islam memperjuangkan kemanusiaan berlandaskan ajaran Islam.

Keywords


Sayyed Ismail Bukhari; India Selatan; Kerala; Integrasi; Pemikiran Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.