ANALISIS KEPUTUSAN MUZAKARAH MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI) BERKAITAN COVID-19 DI MALAYSIA

Azri Bhari, Mohd Hapiz Mahaiyadin

Abstract


Pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia telah memberi kesan kepada pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi masyarakat. Dalam konteks amalan dan aktiviti agama juga perlu kepada penjelasan hukum dan fatwa untuk merungkai permasalahan. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis fatwa-fatwa berkaitan COVID-19 yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Kajian berbentuk kualitatif ini dilaksanakan dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui penyelidikan perpustakaan. Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan metode induktif, deduktif dan komparatif untuk mendapatkan hasil. Hasil kajian ini mendapati Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah bersidang sebanyak empat kali sepanjang pandemik COVID-19. Fatwa-fatwa yang telah diputuskan dilihat mengalami perubahan terhadap pelaksanaan amalan-amalan ibadah masyarakat Islam. Perubahan fatwa-fatwa tersebut adalah dilihat perlu bagi mencapai maqasid syariah iaitu mendatangkan maslahah dan menolak mafsadah.

Keywords


COVID-19; Fiqh; Hukum; Malaysia; Perubahan; Pandemik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.