ISU MUD AJWAH DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PENGAMALAN KEWANGAN ISLAM SEMASA: SOROTAN LITERATUR

Mohd Asyadi Redzuan, Dziauddin Sharif, Mohamed Fairooz Abdul Khir

Abstract


Transaksi mud ajwah merupakan salah satu isu hangat dalam perbahasan riba al-buyu’. Transaksi ini secara umumnya merujuk kepada pertukaran di antara dua barang ribawi, yang mana semasa pertukaran tersebut berlaku, turut digabungkan sekali pada barang ribawi yang ditukar itu dengan barang ribawi jenis lain atau barang bukan ribawi sehingga kelihatan secara zahirnya berlaku ketidaksamaan dari aspek kuantiti, timbangan atau berat, sekaligus membawa kepada perlanggaran kepada syarat penting jualbeli barangan ribawi iaitu persamaan kuantiti (tamathul). Hal ini membawa kepada berlakunya perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha mengenai hukum penjualannya yang turut dipengaruhi oleh perbezaan dalam metodologi berijtihad. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, kertas kerja ini dilakukan untuk menjelaskan pandangan fuqaha secara umum mengenai transaksi mud ajwah, sebab berlakunya perselisihan pendapat serta mengenalpasti ruang-ruang yang boleh diterokai oleh kaedah ini untuk diaplikasikan dalam muamalat semasa. Kaedah transaksi secara mud ajwah dilihat berupaya dijadikan sebagai panduan dalam menyelesaikan isu-isu muamalat semasa. Perlaksanaannya tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh para fuqaha demi menutup pintu riba.

Keywords


Mud ajwah; Riba; Ijtihad

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.