A STUDY ON FACTORS OF FAKE NEWS SPREADING ON THE HALAL STATUS OF FOOD PRODUCTS IN MALAYSIA

Shofiyyah Moidin, Nur Auni Syafiqah Ismail, Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong, Nur Hafizah Harun, Norazlina Mamat

Abstract


Isu penyebaran berita palsu di Malaysia semakin serius dan tidak dilupakan ia juga berlaku terhadap produk makanan halal. Maklumat berita palsu tentang produk makanan halal biasanya tersebar di platform sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, dan lain-lain kerana ciri perkongsian yang mudah dan ia sentiasa dikemas kini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor penyebaran berita palsu terhadap status halal produk makanan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menggunakan temu bual separa berstruktur yang melibatkan dua (2) orang informan dari Bahagian Komunikasi dan Korporat, JAKIM. Data yang dikumpul dianalisis melalui analisis tematik menggunakan NVivo 10 untuk mengelaskannya ke dalam nod. Dapatan daripada kajian ini mendapati faktor penyebaran berita palsu mengenai produk makanan halal di Malaysia berlaku disebabkan oleh sikap gopoh, sentimen kaum dan agama, tingkah laku pencari perhatian, persaingan perniagaan yang sengit, kurang kesedaran halal, mudah terpengaruh serta tiada akses kepada mendapatkan maklumat atau berita. Justeru kajian ini mampu mengetengahkan isu penyebaran berita palsu dalam industri makanan halal.

Keywords


Berita Palsu; Faktor; Halal; Makanan; JAKIM

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.