Profesionalisme Pendidikan, Pengurusan Perkhidmatan Organisasi, dan Kepuasan Pembelajaran: Asas Pembangunan Model EM (2025) dalam Pendidikan Kejururawatan

Emeelia Mohamad, Mohd Yusof Abdullah, Jalina Karim

Abstract


Profesionalisme pendidikan dan pengurusan perkhidmatan organisasi merupakan faktor penting dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar Diploma Kejururawatan agar berdaya saing di peringkat antarabangsa, khususnya dalam era teknologi yang pesat. Kajian ini bertujuan meneliti pengaruh profesionalisme pendidikan dan pengurusan perkhidmatan organisasi terhadap kepuasan pembelajaran pelajar Diploma Kejururawatan di Institusi Latihan Kejururawatan Swasta di Malaysia. Reka bentuk kuantitatif tinjauan keratan lintang digunakan melibatkan pelajar Tahun Akhir Diploma Kejururawatan. Kaedah pensampelan rawak mudah berdasarkan formula Krejcie dan Morgan (1970) serta pensampelan berstrata telah memilih 282 responden daripada 414 populasi. Dapatan menunjukkan bahawa profesionalisme pendidikan mempunyai hubungan signifikan dengan pengurusan perkhidmatan organisasi, dan kedua-duanya memberi pengaruh ketara terhadap kepuasan pembelajaran pelajar. Kajian ini turut membangunkan EM Model (2025) berasaskan konsep TIES (tingkah laku, intelek, emosi dan spiritual) sebagai asas ikatan antara pendidik dan pelajar kejururawatan. Model ini berpotensi menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, sekali gus memperkukuh kompetensi jururawat dalam menghadapi cabaran abad ke-21.


Keywords


Profesionalisme pendidikan; Pengurusan perkhidmatan organisasi; Kepuasan pembelajaran; Pendidikan kejururawatan; EM Model (2025)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.