INTRODUCTION

Pendidikan tinggi merupakan satu tempat melahirkan para ilmuan setiap tahun yang memerlukan belanjawan yang tinggi. Bagi merealisasikan harapan dan cita-cita semua pihak memastikan mutu pendidikan di KUIM sentiasa keterhadapan, kami menyeru mana-mana pihak bagi mewakafkan dalam apa juga bentuk wang tunai atau pembayaran fizikal demi kelangsungan KUIM untuk terus maju demi anak bangsa tercinta.

Wakaf pendidikan KUIM adalah salah satu bentuk sumbangan, sedekah ataupun zakat dalam bentuk wakaf tunai mahupun wakaf pembangunan (fizikal) daripada perseorangan atau berkumpulan atau organisasi secara ikhlas demi melihat KUIM sentiasa keterhadapan dalam bidang pendidikan.

Melalui sumbangan wakaf yang diterima, pihak pengurusan akan memastikan segala hasil sumbangan akan dijana untuk membaiki segala kerosakan infrastruktur yang ada dan menambah baik serta menambahkan lagi infrastruktur yang diperlukan bagi membantu merancakkan lagi aktiviti-aktiviti kesarjanaan ilmu yang terdapat di KUIM.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Contacts

  University Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
   +606-3878382
  +606-3878411
  • Last Modified: Monday 11 March 2024.