LATAR BELAKANG WAKAF PENDIDIKAN UNIMEL

Pendidikan tinggi merupakan satu tempat melahirkan para ilmuan setiap tahun yang memerlukan belanjawan yang tinggi. Bagi merealisasikan harapan dan cita-cita semua pihak memastikan mutu pendidikan di UNIMEL sentiasa keterhadapan, kami menyeru mana-mana pihak bagi mewakafkan dalam apa juga bentuk wang tunai atau pembayaran fizikal demi kelangsungan UNIMEL untuk terus maju demi anak bangsa tercinta.

Wakaf pendidikan UNIMEL adalah salah satu bentuk sumbangan, sedekah ataupun zakat dalam bentuk wakaf tunai mahupun wakaf pembangunan (fizikal) daripada perseorangan atau berkumpulan atau organisasi secara ikhlas demi melihat UNIMEL sentiasa keterhadapan dalam bidang pendidikan.

Melalui sumbangan wakaf yang diterima, pihak pengurusan akan memastikan segala hasil sumbangan akan dijana untuk membaiki segala kerosakan infrastruktur yang ada dan menambah baik serta menambahkan lagi infrastruktur yang diperlukan bagi membantu merancakkan lagi aktiviti-aktiviti kesarjanaan ilmu yang terdapat di UNIMEL.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

  • Last Modified: Isnin 11 Mac 2024.

Waktu Urusan Wakaf

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang
 
Jumaat
8.00 pagi - 12.15 tengahari
2.45 petang - 5.00 petang
 
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup

Hubungi Kami

  Universiti Melaka 
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 MelakaMalaysia. 
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
+606-3878382
  +606-3878411

Kekal berhubung :