KEPENTINGAN PENGURUSAN BERTERASKAN ISLAM DALAM SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Norizan Hassan, Hussin Salamon, Hasimah Abdul Rahman

Abstract


Abstrak

 

Teknologi hijau merujuk kepada peralatan, aplikasi dan sistem yang mempunyai ciri-ciri mesra alam dan berupaya mengurangkan kadarpelepasan karbon dioksida yang menjadi punca kepada kerosakan alam. Ia menjadi sangat penting untuk teknologi hijau dibangunkan dengan pengurusan yang sesuai dan cekap.Pengurusan Islam merupakan satu pengurusan yang lengkap dengan etika yang digariskan dalam Islam sekaligus melengkapkan lagi bidang teknologi hijau yang sedia mempunyai elemen Islam di dalamnya.Kajian ini berfokus kepada kepentingan pengurusan Islam dalam sektor teknologi hijau berikutan sektor ini berpotensi dibangunkan bersama-sama dengan etika dan garis panduan Islam.Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan di mana sumber rujukan terdiri daripada artikel jurnal dan buku ilmiah.Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan Islam sangat pentinguntuk meningkatkan kecekapan, membentuk akhlak individu dan menjadi satu landasan untuk menggabungkan etika-etika Islam dalam proses pembangunan produk seperti pengurusan organisasi dan pengurusan sumber manusia berdasarkan garis panduan Islam. Cadangan masa hadapan boleh difokuskan kepada aplikasi sebenar di sektor teknologi hijau dengan mengetengahkan elemen-elemen Islam dalam pengurusan sektor teknologi hijau.

 

Kata kunci: Teknologi hijau, pengurusan Islam, pemeliharaan alam, kelestarian

alam

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.