FAKTOR YANG MENDORONG KEJAYAAN USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) MARA DI DAERAH MELAKA TENGAH

Nurulhayah Muhammad, Muhammad Hafizuddin Abu

Abstract


Abstrak

 

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong kejayaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) MARA di daerah Melaka Tengah, Negeri Melaka. Faktor-faktor pendorong kejayaan yang dikaji adalah faktor Pengetahuan, Sikap, Motivasi Diri dan Modal. Seramai 103 orang responden yang terdiri daripada usahawan PKS MARA di daerah Melaka Tengah telah menjawab borang soal selidik yang disediakan. Data – data yang diperolehi daripada responden dianalisis menggunakan kaedah korelasi Pearson dan regrasi dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati jenis perniagaan yang banyak dijalankan oleh usahawan PKS MARA di daerah Melaka Tengah adalah sektor makanan dan minuman. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor sikap seseorang usahawan itu merupakan faktor yang paling mendorong kejayaan usahawan dalam menjalankan PKS. Kesimpulannya, sikap usahawan yang sukakan cabaran, berdikari dan sentiasa bersedia dalam menghadapi masalah dalam perniagaan sangat menyumbang terhadap kejayaan PKS di daerah Melaka Tengah, Negeri Melaka.

 

Kata Kunci: Pengetahuan, Sikap, Motivasi Diri, Modal, Kejayaan Usahawan

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.