IMPAK KUALITI PERKHIDMATAN DAN FASILITI TERHADAP KEBERKESANAN PENGENDALIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Roslinawati Ibrahim

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi mengkaji impak kualiti perkhidmatan dan fasiliti terhadap  keberkesanan pengendalian pengajaran dan pembelajaran Di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Dalam kajian ini, penyelidik memfokus kepada kualiti perkhidmatan kepada pelanggan (pelajar) dan kualiti perkhidmatan fasiliti. Penemuan kajian penting agar para pembaca dapat mengetahui dimensi kedua-dua pembolehubah tidak bersandar yang paling mempengaruhi pelanggan (pelajar) terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian turut berperanan untuk mengenalpasti hubungan kualiti perkhidmatan pelajar yang merangkumi staf sokongan dalam fakulti, bilik kuliah dan makmal, serta fakulti dengan keberkesanan pengendalian pengajaran dn pembelajaran.  Kajian ini turut berperanan untuk mengenalpasti hubungan kualiti perkhidmatan fasiliti yang merangkumi asrama, sistem pengangkutan lalulintas, kemudahan sokongan dan lain-lain kemudahan di KUIM. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Sampel terdiri daripada 357 orang responden yang merupakan pelajar KUIM. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti perkhidmatan pelajar dan kualiti perkhidmatan fasiliti terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di KUIM. Hasil lanjutan turut menunjukkan terdapat pembolehubah yang paling dominan iaitu kualiti perkhidmatan kepada pelajar kerana elemen tersebut murupakan pembolehubah yang paling dominan dengan nilai signifikan 0.00 berbanding pembolehubah yang lain. Kajian juga mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ini dipengaruhi oleh elemen yang paling dominan sekali iaitu fasilti asrama atau kolej kediaman dengan signifikan 0.001.

 

Keywords: Impak Kualiti, Perkhidmatan, fasiliti

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.