Hubungan Faktor Demografi dan Latihan Pendidikan Usahawan Mara Di Negeri Melaka Terhadap Keberkesanan Usahawan

E.Suhartiningsih N Noto Sudarmo, Faudziah Hanim Fadzil

Abstract


Kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui hubungan faktor demografi dan program pembangunan usahawan Bumiputera anjuran MARA di negeri Melaka terhadap keberkesanan usahawan daripada sudut pandangan responden yang terdiri daripada peserta program. Sampel kajian terdiri daripada 90 sampel kajian yang terdiri dari  peserta kursus yang diambil dari tiga daerah di Melaka. Data kajian diperolehi dari dokumen-dokumen daripada pejabat MARA negeri Melaka dan borang kaji selidik diedarkan kepada usahawan berdasarkan senarai yang diberi oleh pejabat MARA negeri Melaka dan juga melalui borang kaji selidik. Kajian ini menggunakan beberapa variabel yang terdiri daripada, latar belakang usahawan, latar belakang keluarga, ciri-ciri peribadi usahawan  latarbelakang penceramah  dan modul program pembangunan  MARA. Teknik statistik yang digunakan dalam analisis ini adalah korelasi, regresi sederhana, berganda, analisis regresi dan anova. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana hubungan faktor demografi dan pembangunan usahawan Bumiputera terhadap keberkesanan usahawan di  negeri Melaka. Hasil kajian ini mendapati ciri-ciri personaliti, usahawan, latarbelakang keluarga dan latarbelakang penceramah serta  modul program MARA memberikan sumbangan terhadap keberkesanan  keusahawanan. Secara keseluruhannya, kajian ini mencadangkan kandungan program perlu diperbaiki iaitu perlu memperbanyakkan pengajaran kepada usahawan untuk berfikir seperti cara mengambil keputusan yang tepat, sesuai dengan persekitaran yang semakin mencabar. Selain itu, budaya keusahawanan perlu didedahkan kepada ibu bapa, sekolah dan masyarakat untuk membudayakan keusahawanan keseluruh lapisan masyarakat agar mereka yakin dan sama-sama membangun keusahawanan Bumiputera.

 

Kata kunci :  Keberkesanan Usahawan MARA

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.