FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESETIAN PENGGUNA TERHADAP PERBANKAN ISLAM

Nurulhayah Muhammad, Aiman Naim Abdullah

Abstract


Perbankan internet merupakan satu inovasi dalam industri kewangan yang semakin meningkat penggunaannya seiring dengan peredaran zaman teknologi. Persaingan urusniaga perbankan internet adalah hebat dan institusi perbankan boleh mendapat atau hilang kesetiaan pelanggan melalui tindakan satu “klik tetikus” mereka. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kesetiaan pengguna terhadap produk perbankan internet yang digunakan dikalangan warga Kolej Universiti Islam Melaka. Kajian ini melihat kepada perhubungan dan pengaruh faktor kualiti, kepercayaan, manfaat dan risiko dengan kesetiaan pengguna terhadap perbankan internet. Bagi mencapai kesemua objektif kajian dan melihat hasil kajian, analisis deskriptif, korelasi dan regresi dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS. Soal selidik telah diedarkan kepada 198 orang responden dan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa  faktor kualiti, kepercayaan dan manfaat mempunyai hubungan dan mempengaruhi kesetiaan pengguna terhadap perbankan internet manakala faktor risiko menunjukkan kesan yang sebaliknya.

 

Kata kunci: kualiti, kepercayaan, risiko, manfaat, kesetiaan pengguna.

 

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.