PRESTASI KEWANGAN SYARIKAT PN17 PADA TAHUN 2014-2016:NISBAH KECAIRAN DAN NISBAH HUTANG

Nurul Liyana Hussin, Sheikh Ai'bdul Rahim Sheikh Ibrahim

Abstract


Syarikat PN17 adalah syarikat tersenarai di Bursa Saham Malaysia yang menghadapi masalah kewangan. Dari tahun 2014 hingga 2016, sebanyak 21 syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Saham Malaysia yang dikelaskan sebagai PN17. Syarikat-syarikat ini telah memasuki senarai PN17 mengikut piawaian yang sedia ada. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan nisbah kecairan dan nisbah hutang dengan prestasi kewangan syarikat PN17. Kajian ini telah mendapatkan data sekunder melalui laporan tahunan syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 yang diakses menerusi Thomson One Datastream. Oleh itu, data akan diuji dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Analisa Korelasi Pearson digunakan bagi menjawab objektif kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan nisbah hutang mempunyai hubungan yang kuat dengan prestasi kewangan syarikat (ROA).

 

Kata kunci: Syarikat-syarikat PN17, Bursa Saham Malaysia, Nisbah Kecairan Kewangan, Nisbah Semasa, Nisbah Cepat, Nisbah Hutang, Nisbah Pulangan Atas Aset, One Datastream dan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.