GELAGAT USAHAWAN TERHADAP AKAUNTABILITI PERKHIDMATAN TADBIR URUS HAB HALAL

Siti Syuhadah Mohamad, Salimah Yahya

Abstract


Industri halal memperlihatkan unjuran positif setiap tahun. Perkembangan ini didorong oleh pelbagai faktor termasuk permintaan tinggi dari masyarakat bukan Islam. Selari dengan jumlah pasaran yang luas, terdapat peningkatan terhadap pensijilan halal dan bilangan usahawan. Analisis dan tinjauan kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pihak usahawan dan pihak tadbir urus hab halal. Kedua-dua pihak dilihat memainkan peranan penting dalam memperkasa tadbir urus baik daripada aspek akauntabiliti dalam industri halal. Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti dan menganalisis aspek akauntabiliti terhadap pihak tadbir urus Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) daripada perspektif usahawan. Bagi memenuhi objektif, kaedah analisis kandungan dan statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati pihak tadbir urus hab halal JHEAIPP berada di tahap yang baik dalam memenuhi aspek akauntabiliti. Kecekapan pihak tadbir urus mampu meletakkan Malaysia selangkah ke hadapan dalam industri halal dan mampu bersaing dengan negara-negara pengeluar utama produk halal lain. Dapatan kajian ini dapat menjelaskan tahap akauntabiliti pihak tadbir urus hab halal dari perspektif usahawan sekali gus dapat membantu pihak tadbir urus dalam memperkasa industri halal.

 

Kata Kunci: Gelagat Usahawan, Akauntabiliti, Tadbir Urus Baik, Hab Halal


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.