PENGARUH KEADILAN ORGANISASI TERHADAP KOMITMEN AFEKTIF DALAM KALANGAN KAKITANGAN HOTEL DI MELAKA: MODAL PSIKOLOGI SEBAGAI PENGANTARA

Nur Shafiqa Zainuddin, Abdul Mutalib Mohamed Azim, Norhazanah Miskan

Abstract


Kajian ini mengkaji kesan pengantara modal psikologi dalam mempengaruhi antara keadilan pengedaran, keadilan prosedur, keadilan interaksi dan komitmen afektif. Masih terdapat kekurangan penyelidikan yang meneliti peranan modal psikologi sebagai pengantara dalam rangka kajian sebelumnya kerana ianya masih merupakan konsep baru terutamanya dalam kalangan setiap kakitangan hotel di Melaka. Sejumlah 209 responden dari kumpulan pengurusan tertinggi, pengurusan dan profesional dan kumpulan sokongan dari tujuh buah hotel di Melaka, Malaysia yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan prosedur Pemodelan Persamaan Struktur untuk menilai hubungan langsung dan tidak langsung dalam kalangan pembolehubah. AMOS versi 21.0 digunakan untuk melakukan analisis regresi. Tiga model telah diuji untuk menentukan sama ada model hipotesis sesuai dengan data. Penemuan kajian ini mendapati bahawa keadilan pengedaran, keadilan interaksi secara signifikan mempengaruhi komitmen afektif, namun keadilan prosedur tidak mempengaruhi komitmen afektif. Keputusan juga menunjukkan bahawa modal psikologi sebagai pengantara separa dalam hubungan antara dua dimensi keadilan organisasi iaitu keadilan pengedaran dan keadilan interaksi terhadap komitmen afektif, namun modal psikologi menjadi pengantara penuh dalam keadilan prosedur terhadap komitmen afektif. Kesimpulannya, jangkaan kajian ini menunjukkan bahawa modal psikologi memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada literatur keadilan organisasi dan juga dalam meningkatkan komitmen afektif setiap kakitangan di hotel.

 

Kata Kunci: Pemodelan Persamaan Struktur, AMOS versi 21.0, keadilan pengedaran, keadilan prosedur, keadilan interaksi, modal psikologi, komitmen afektif, pengantara, analisis regresi, kakitangan hotel.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.