PENERIMAAN GST DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI JOHOR

Nurul Liyana Hussin, Fatin Hazirah Ambok Hassanuddin

Abstract


Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dilaksanakan pada 1 April 2015 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Terdapat segelintir masyarakat yang menyatakan bahawa GST itu adalah satu perkara yang membebankan rakyat. Keadaan ini dapat dikatakan bahawa tidak semua masyarakat itu menyokong ataupun menerima pelaksanaan GST yang dibuat. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengetahui penerimaan masyarakat tentang pelaksanaan GST yang dilaksanakaan oleh kerajaan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti samada kestabilan harga, ketidakseimbangan pendapatan dan kebersediaan masyarakat mempunyai hubungan dengan penerimaan GST. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian dengan mengambil sampel sebanyak 217 dari Taman Harta, Benut. Hasil analisa yang membuktikan bahawa ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar tersebut mempunyai hubungan dengan penerimaan GST.

 

Kata Kunci : GST, Penerimaan, Kestabilan Harga, Ketidakseimbangan Pendapatan, Kebersediaan.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.