KESEJAHTERAAN KEWANGAN KAJIAN KES PENGUSAHA CHALET DI PANTAI PENGKALAN BALAK

Noorizzati Husna Ahmad Mahmud, Suzana Ab. Rahman

Abstract


Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan pengetahuan dan kemahiran ke atas kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengusaha chalet di kawasan pengkalan balak, Melaka. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan, manakala pembolehubah bersandar ialah kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengusaha chalet di kawasan pengkalan balak. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Kajian ini juga melibatkan penggunaan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 yang merangkumi analisis korelasi bagi menganalisis data yang diperolehi bagi kajian ini. Hasil akhir kajian ini menunjukkan bahawa faktor pengetahuan dalam pengurusan kewangan adalah faktor utama yang paling mempengaruhi kesejahteraan kewangan dalam kalangan pengusaha chalet di kawasan pengkalan balak.

 

Kata kunci: Kesejahteraan Kewangan, Pengetahuan, Kemahiran


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.