KESAN PENJENAMAAN KE ATAS KESETIAAN PELANGGAN TELEKOMUNIKASI DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Noorizda Emellia Mohd Aziz, Siti Aisyah Othman, Maryam Mohd Esa, Zurairah Jais, Zamry Gafar

Abstract


Artikel ini bertujuan membincangkan kajian berkaitan kesan penjenamaan terhadap kesetiaan pelanggan telekomunikasi di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Dalam pasaran tanpa sempadan dan globalisasi pada hari ini kesetiaan pelanggan amat penting dalam mengekalkan kelangsungan dan perkembangan sesebuah syarikat. Penjenamaan merupakan perkara yang penting dalam sesebuah organisasi. Ini kerana kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada cara syarikat dalam memahami serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan mereka. Kajian yang diperbincangkan melalui artikel ini, mengkaji bagaimana kesetiaan pelanggan dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah firma. Dalam masa yang sama, mengkaji faktor-faktor seperti kepuasan jenama, imej syarikat dan strategi promosi akan mempengaruhi sesebuah jenama. Anggaran sebanyak 100 orang respondan akan terlibat untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Data daripada soal selidik akan dianalisa menggunakan SPSS bagi mendapatkan jawapan.

 

Kata Kunci: Niat Keusahawanan, Sikap peribadi, Norm Subjektif, Kawalan Tingkah Laku.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.