FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKUITI JENAMA SYARIKAT AL-IKHSAN TERHADAP PEMBELI DI MELAKA TENGAH

Maryam Mohd Esa, Fatin Nursyaqira Haron, Noorizda Emellia Mohd Aziz

Abstract


Kajian ini bertujuan mengkaji kesan yang mempengaruhi ekuiti jenama Syarikat Al-Ikhsan terhadap pembeli di Melaka Tengah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada kesan imej jenama, kesetiaan jenama dan kualiti yang dirasakan mempengaruhi ekuiti jenama Syarikat Al-Ikhsan. Responden terdiri daripada pembeli-pembeli barangan sukan Al-Ikhsan di Melaka Tengah iaitu seramai 74 orang. Kajian ini dilakukan di empat lokasi iaitu Al-Ikhsan Mahkota Parade, Al-Ikhsan Melaka Central Plaza, Al-Ikhsan The Shore, dan Al-Ikhsan Aeon Bandaraya Melaka. Analisis data dihasilkan dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 yang merangkumi data deskriptif, skor min, dan analisis regrasi yang digunakan untuk mengetahui kesan yang paling mempengaruhi pembolehubah bersandar. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa setiap kesan mempengaruhi ekuiti jenama Syarikat Al-Ikhsan terhadap pembeli di Melaka Tengah. Setelah kajian dibuat, pengkaji mendapati bahawa  kualiti yang dirasakan merupakan kesan yang paling mempengaruhi ekuiti jenama dalam analisis regrasi.

 

Kata Kunci: Ekuiti jenama, Imej jenama, Kesetiaan jenama dan Kualiti yang dirasakan.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.