KEBERKESANAN PROGRAM MYAGROSIS ANJURAN FAMA DALAM KALANGAN PELAJAR UiTM JASIN

Norzaimah Zainol, Nurulhayah Muhamad, Ahmad Hilmi Muhamad Yusuf

Abstract


Program MyAgrosis merupakan program yang diwujudkan oleh kerajaan bagi memberi ruang kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk menceburi bidang keusahawanan. Banyak manfaat kepada mahasiswa melalui program ini seperti bantuan kewangan, latihan dan kemahiran dalam usaha menjadi usahawan tani yang berjaya. Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor bantuan kewangan, kemahiran, dan minat dalam menentukan keberkesanan program MyAgrosis di bawah FAMA di UiTM Jasin, Melaka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengumpulan maklumat yang melibatkan seramai 74 responden dalam kalangan pelajar IPT yang menyertai program MyAgrosis. Kajian ini menggunakan kaedah Regrasi, Korelasi dan Deskriptif untuk mencapai objektif kajian serta menggunakan perisian SPSS versi 22 untuk menjalankan analisis tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesemua faktor iaitu bantuan kewangan, kemahiran dan minat mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan program MyAgrosis secara signifikan.

 

Kata Kunci: Bantuan Kewangan, Kemahiran, Minat, Keberkesanan Program MyAgrosis


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.