PANDEMIK COVID 19 : TEKANAN KEWANGAN, LITERASI KEWANGAN MENJADI PENENTU KESEJAHTERAAN KEWANGAN DI KALANGAN KOMUNITI DURIAN TUNGGAL

Suzana Ab Rahman, Abdul Mutalib Mohamed Azim, Shafinar Ismail

Abstract


Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan tekanan kewangan dan literasi kewangan ke atas kesejahteraan kewangan dalam kalangan komuniti Dun Durian Tunggal.Melaka. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini ialah tekanan kewangan dan literasi kewangan, manakala pembolehubah bersandar ialah kesejahteraan kewangan dalam kalangan komuniti Durian Tunggal. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Kajian ini juga melibatkan penggunaan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22 yang merangkumi analisis korelasi bagi menganalisis data yang diperolehi bagi kajian ini. Hasil akhir kajian ini menunjukkan bahawa tekanan kewangan dan literasi kewangan juga boleh memberikan hubungan yang signifikan terhadap kesejahteraan kewangan. Oleh demikian, daripada hasil kajian ini, masyarakat dapat melihat kepentingan ilmu literasi kewangan dan elemen tekanan kewangan yang mempengaruhi dalam pengurusan kewangan dan kesejahteraan kewangan individu.

 

Kata kunci: Literasi Kewangan, Tekanan Kewangan, Kesejahteraan Kewangan, Cabaran Kewangan Pandemik Covid 19, Komuniti, Masyarakat.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.