AMALAN PENGAJARAN GURU MATA PELAJARAN BALAGHAH SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DI DAERAH NEGERI SELANGOR

Mohd Yazid Ahmad, Nik Mohd Rahimi

Abstract


Mata pelajaran Balaghah merupakan antara mata pelajaran yang terdapat di dalam bidang linguistik
bahasa Arab dan diajar pada peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Untuk itu, satu kajian
telah dijalankan bertujuan meneroka amalan pengajaran yang digunakan oleh guru mata pelajaran
Balaghah dalam menyampaikan isi pelajaran. Kajian ini merupakan satu bentuk kajian kes dengan
menggunakan pendekatan kualitatif. Dua orang guru yang berpengalaman luas mengajar mata pelajaran
Balaghah lebih daripada 15 tahun dari dua daerah di negeri Selangor telah dipilih sebagai responden
temu bual kajian ini. Data temu bual dalam kajian ini juga turut disokong dengan analisis dokumen bagi
memperkukuhkan lagi dapatan kajian yang diperoleh. Seterusnya, data dianalisis bagi menghasilkan
tema dan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa, perancangan yang rapi telah dibuat oleh peserta
kajian sebelum memulakan proses pengajaran. Peserta kajian turut menggunakan set induksi, bahan
bantu mengajar, strategi berpusatkan pelajar dan menggabungkan kaedah lama dan baharu dalam
amalan pengajaran mereka. Selain itu, masa yang diperuntukkan bagi pengajaran Balaghah tersebut
dirancang dengan baik oleh peserta kajian dan berusaha menarik minat pelajar-pelajar terhadap ilmu
Balaghah. Kajian ini diharap dapat membantu dan memberi pendedahan kepada guru-guru STAM
khususnya yang mengajar mata pelajaran Balaghah sebagai penambahbaikan terhadap strategi, teknik
dan amalan pengajaran yang terbaik dan berkesan yang boleh digunakan dalam menyampaikan isi
pelajaran Balaghah.

Keywords


Amalan pengajaran, Guru Balaghah, Balaghah, STAM

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.