TINJAUAN KOMPETENSI GURU TADIKA SWASTA TERHADAP KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK 2017) DI DAERAH KUANTAN

Kamazakira Kamarudin

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk meninjau kompetensi guru tadika swasta terhadap Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 di daerah Kuantan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dan
memahami tahap kompetensi guru tadika swasta terhadap KSPK 2017 dari aspek kompetensi professional
dan personal. Kaedah pengumpulan data secara kuantitatif menggunakan soal selidik telah digunakan
dalam kajian ini. Populasi kajian melibatkan 60 orang guru tadika swasta di DUN Teruntum di daerah
Kuantan. Keputusan soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai
melalui Program SPSS versi 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru tadika swasta
mempunyai kompetensi yang tinggi dan baik. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh meningkatkan
kompetensi guru iaitu Kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017 secara berkala,
pendedahan kepada pengajaran guru pembelajaran abad ke 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Selain itu juga, aktiviti dijalankan oleh Persatuan Tadika seperti seminar dan bengkel, penilaian
dari pihak berwajib terhadap standard kualiti profesion guru tadika swasta dan juga gabungan agensi
dalam menyediakan platform kepada guru tadika swasta agar kompeten mampu memberi impak kepada
dunia pendidikan awal kanak-kanak.

Keywords


Kompetensi Guru Tadika Swasta, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.