PENGURUSAN PERANCANGAN DAN STRATEGI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH MURID BERKEPERLUAN KHAS DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI, DAERAH KENINGAU

Velerie Wheelervon Primus, Musirin Mosin

Abstract


Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu transformasi kurikulum semasa dalam landskap
pentaksiran pendidikan negara. Pendekatan utama dalam PBD ialah pentaksiran untuk pembelajaran dan
pentaksiran sebagai pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pengurusan perancangan
dan Strategi PBD Murid Berkeperluan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) sekolah
rendah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Empat orang
guru di empat buah sekolah yang terlibat dalam mengendalikan PBD dipilih secara persampelan bertujuan
sebagai peserta kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga belas sub tema yang muncul
dalam pengurusan perancangan pentaksiran dan pengurusan strategi mentaksir MBK PPI. Kajian ini
adalah signifikan dengan keperluan semasa pendidikan negara yang sedang melalui fasa transformasi
kurikulum dan pentaksiran. Pengurusan PBD oleh guru selaku pelaksana utama dasar amat penting dalam
menjamin kualiti PBD dalam kalangan MBK PPI. Keberhasilan dan kemenjadian MBK PPI dalam
pengurusan PBD yang terancang serta pengajaran dan pembelajaran dapat dikesan dapat memberi peluang
kepada MBK PPI untuk mendapat kesamarataan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini juga telah
memberi garis panduan kepada guru untuk mengurus dan merancang PBD MBK PPI.

Keywords


Pentaksiran Bilik Darjah, Murid Berkeperluan Khas, Pendidikan Khas, Program Pendidikan Inklusif

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.