PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR (MAINJ) DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF

Ungku Abulkhair Ungku Mohd Zakaria, Zulkarnain Ya’cob, Muhammad Ridwanto Syaful Anwar, Nor Saidi Mohamed Nasir

Abstract


Pembangunan usahawan asnaf merupakan program yang dibentuk bagi mewujudkan pembangunan
sosioekonomi yang lebih baik dalam kelompok asnaf. Beberapa isu yang didapati berkait rapat dengan
pembangunan usahawan asnaf. Artikel ini melakukuan tinjauan keberkesanan pelaksanaan program
pembangunan usahawan asnaf dalam Majlis Agama Islam Negeri Johor. Ia bertujuan menjelaskan
keberkesanan program sebagai kayu pengukur dalam konteks pembangunan usahawan asnaf. Kajian
dilakukan berasaskan metodologi kualitatif melalui temu bual. Dapatan kajian mendapati program ini
mendapat nilai positif dikalangan responden yang ditemui. Kesimpulan hasil kajian mendapati secara
keseluruhan program Pembangunan Usahawan Asnaf anjuran MAINJ perlu kepada penambahbaikan
kepada asnaf dalam usaha meningkatkan kualiti hidup serta sosioekonomi mereka.

Keywords


Respond Usahawan MAINJ, Bantuan yang disalurkan kepada usahawan asnaf, Keberkesanan Program

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2022 Jurnal ILMI

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.