TAHAP KESEDIAAN PELAJAR UNIMEL DALAM PENGGUNAAN APLIKASI GOOGLE UNTUK PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN

Nur Hazwani Abdul Wahi, Nurdiyana Tasripin, Zaleha Damanhuri

Abstract


Pembelajaran secara atas talian merupakan kaedah pembelajaran baru yang telah dilaksanakan di Malaysia sejak PKP dilaksanakan dan masih lagi diteruskan di beberapa peringkat pengajian termasuklah di institusi pengajian tinggi. Walaupun pembelajaran norma baru ini telah berlangsung selama beberapa semester namun masih ramai lagi pelajar yang baru pertama kali belajar secara atas talian ini terutamanya bagi pelajar semester pertama lepasan SPM. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan kepada pelajar Diploma Universiti Melaka (UNIMEL) yang rata- ratanya datang dari keluarga dengan kumpulan pendapatan B40. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar dalam penggunaan aplikasi google untuk pembelajaran secara atas talian. Seramai 291 orang pelajar telah terlibat dalam kajian. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik dibangunkan menggunakan Google Form dan diisi oleh pelajar diploma. Data yang diperoleh adalah dari soal selidik dan tinjauan yang telah dijalankan. Kajian ini juga dapat membantu pensyarah mengurangkan tekanan dan beban kerja pelajar sepanjang pembelajaran atas talian berlangsung.


Keywords


Pembelajaran Secara Atas Talian, Aplikasi Google, Kaedah Pembelajaran

Full Text:

PDF

References


Saharia Ismail, Roslida Saad, Noor Adawiyah Ahmad Radzi, Nor Ainee Idris, & Noorizda Emellia Mohd Aziz. (2021). Tahap penggunaan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka. Jurnal’Ulwan, 6(2), 173–194.

Saharia Ismail, Roslida Saad, Noor Adawiyah Ahmad Radzi, Nor Ainee Idris, & Noorizda Emellia Mohd Aziz. (2021). Tahap penggunaan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) pensyarah Kolej Universiti Islam Melaka. Jurnal’Ulwan, 6(2), 173–194.

Hapini Awang, Zahurin Mat Aji, Wan Rozaini Sheik Osman, Aidayani Abdul Nasir, Mazzlida Mat Deli, & Wan Yusof Wan Hamat. (2019). Virtual Learning Environment (VLE) implementation strategy: An analysis of practicality for Google Classroom implementation in Malaysian schools. Journal of Educational Research & Indigenous Studies, 2(1), 1–16.

Nik Sarina Nik Md Salleh, Roseliza Hamid, Khadijah Abdul Rahman, Iffah Farzana Zainal Abidin, & Amirah Syarwarshah Zawawi. (2022). Learning flexibility and environmental changes with the advent of online learning during COVID-19 pandemic. Jurnal Intelek, 17(1). https://doi.org/10.24191/ji.v17i1.15901

Rajikal, W., & Mohd Isa Hamzah. (2020). Kajian Sistematik Pengajaran Abad Ke-21 (Pak21) Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI). Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education, 4(2), 103–113.

Siti Joanna Matlan, & Siti Mistima Maat. (2021). Penggunaan aplikasi Quizizz sebagai alternatif penilaian formatif dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 217–227.

Siti Balqis Mahlan, & Muniroh Hamat. (2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Shah Alam: SIG: E-Learning@ CS, 14–22


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.