CABARAN GURU DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 SECARA BERSEMUKA PASCA PANDEMIK COVID-19

Muhammad Izzat Mailis, Ahmad Muaz Muhd Hairi

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti cabaran guru dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21 secara bersemuka pasca pandemik Covid-19. Ia melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan daerah Alor Gajah, Melaka yang mewakili sampel kajian seramai 306 orang. Sampel kajian ini dipilih secara pensampelan rawak mudah. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diadaptasi daripada kajian lepas. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tahap persepsi guru terhadap pelaksanaan PdP abad ke-21 secara bersemuka yang dijalankan pasca pandemik Covid-19 berada pada interpretasi yang tinggi dengan perolehan skor min keseluruhan 4.09 dan cabaran guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 secara bersemuka pasca pandemik Covid-19 juga menunjukkan interpretasi yang tinggi dengan perolehan skor min keseluruhan 3.79. Kesimpulan daripada kajian ini mendapati bahawa pihak terlibat perlu memandang perkara ini supaya pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dapat dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang timbul pada masa akan datang. Setiap persepsi dan cabaran yang dilalui oleh para guru juga perlu diambil kira oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar pendidikan di Malaysia dapat di perkasa dan dilaksanakan dengan jayanya.


Keywords


Persepsi, cabaran, guru, pengajaran dan pembelajaran abad ke-21

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.