SUMBANGAN SYEIKH MOHAMED IDRIS ALMARBAWI DALAM DAKWAH ISLAMIYYAH DI MALAYSIA

Muhd Norazam Nordin, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, Fatimah Nadirah Mohd Noor, Azmi Budin

Abstract


Syeikh Mohamed Idris Al-Marbawi merupakan pendakwah yang mashur di alam melayu. Beliau telah memberi sumbangan yang amat bermakna kepada umat Islam khususnya masyarakat melayu. Oleh itu penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti sumbangan beliau ke arah perkembangn dakwah Islamiah di Malaysia. Untuk mencapai tujuan tersebut, penggunaan metodologi kajian perpustakaan digunakan secara meluas dengan mengeluarkan sumbangan belaiu dalam bentuk yang pelbagai terutamanya penyebaran dan pembentukan pelaksanaan dakwah secara menyeluruh. Antara persoalan yang ingin dilihat dalam penulisan ini ialah apakah sumbangan Syeikh mohamed Idris Al-Marbawi dalam pelaksanaan dakwah Islamiyyah di malaysi?, bagaimanakah bentuk pendekatan dalam menyampaikan dakwah dan apakah bentuk kejayaan yang dicapai dalam mendidik masyarakat kearah masyarakat yang diredhoi. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa Syeikh Mohamed Idris Al-Marbawi telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan Islam di Malaysia. Ia juga boleh digunapakai oleh para ulama? dan para pendakwah dalam menyampaikan dakwah dengan berkesan kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

Keywords


Dakwah, sumbangan, faktor, ulama', pelaksanaan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.