KONSEP POLIGAMI MENGIKUT PERSPEKTIF PARA ISTERI DALAM JEMAAH GLOBAL IKHWAN SDN. BHD.

Farrah Wahida Mustafar, Adam Badhrulhisham

Abstract


Poligami dalam masyarakat Islam di Malaysia memberi pelbagai reaksi daripada orang awam. Tindak balas yang menonjol di Malaysia adalah penubuhan Ikhwan Polygamy Club (Kelab Poligami Ikhwan (KPI)) dan Club Taat Suami dari Kelab Ikat Suami Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB) yang menyebarkan poligami sebagai amalan yang baik. Walau bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan terdapat cabaran hidup di kalangan ahli keluarga poligami. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi para isteri terhadap poligami. Kajian ini dijalankan di Selangor dengan menggunakan kaedah kualitatif explotari yang merupakan wawancara mendalam. Lima wanita, berumur antara 20-45 tahun dipilih dalam kajian ini yang menjadi isteri pertama, kedua dan ketiga. Subjek-subjek ini telah dipilih menggunakan pendekatan snowballing. Data dianalisis dengan menggunakan deskriptif dan ditafsirkan secara kritikal. Keputusan menunjukkan bahawa semua subjek yakin bahawa poligami adalah satu cara untuk menerima keberkatan daripada Tuhan. Satu lagi penemuan penting ialah isteri mempunyai cara untuk mengawal pemikiran negatif dengan sering merujuk perkara kepada poligami 'Murshid'. Kesimpulan penyelidikan ini menunjukkan bahwa mereka percaya poligami dianggap sebagai takdir Tuhan.

Keywords


poligami, para isteri, Global Ikhwan Sdn. Bhd.(GISB)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.