SIGNIFIKAN NIAT DALAM MELAKSANAKAN PENYELIDIKAN ISLAM

Mohd Syahmir Alias, Mohammad Zulfakhairi Mokthar, Khairul Bariyah Othman, Abang Mohd Razif Abang Muis, Musmuliadi Kamaruding

Abstract


Makalah ini meneliti keperluan mempunyai niat yang baik bagi seorang penyelidik Muslim dalam melaksanakan penyelidikan Islam. Islam menganjurkan umatnya beriltizam dalam mencari ilmu dan kebenaran. Maka, penyelidikan merupakan salah satu cara seseorang Muslim mencari ilmu dan kebenaran. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh niat, terdapat sebuah hadis yang menjelaskan bahawa golongan pencari ilmu merupakan salah satu golongan yang terawal dimasukkan ke dalam neraka. Jika dilihat dalam konteks penyelidikan, para penyelidik yang tidak mempunyai pandangan alam yang benar berkenaan niatnya dalam menyelidiki sesuatu, maka golongan ini berpotensi menerima akibat yang dikhabarkan melalui hadis tersebut. Oleh yang demikian, makalah ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti konsep niat dalam konteks penyelidikan Islam; dan kedua, menganalisis signifikan penerapan niat dalam penyelidikan dengan rujukan khusus kepada ilmuwan Islam silam yang dipilih iaitu al-Khawarizmi dan Ibn Khaldun. Kedua-dua tokoh ini dipilih kerana kecemerlangan mereka mengintegrasikan ilmu akliah dengan ilmu naqliah. Makalah ini ditulis berdasarkan kajian dokumen dan analisis kandungan. Kajian ini mendapati, signifikan daripada penerapan niat dalam penyelidikan Islam ialah terpancarnya kesungguhan dan keikhlasan sepanjang proses penyelidikan, manakala secara jangka masa panjang, ia memberikan keberkatan terhadap penyelidik dan penyelidikannya.

 


Keywords


penyelidikan Islam; niat; keberkatan; al-Khawarizmi; Ibn Khaldun

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.