PERSEDIAAN PENDAKWAAN DAN PERANAN KETUA PENDAKWA SYARIE DI MAHKAMAH SYARIAH

Taufiq A. Rashid, Tuan Nurhafiza Raja Abdul Aziz

Abstract


Peranan utama seorang pendakwa syarie ialah melaksanakan pendakwaan bagi kesalahan jenayah syariah di mahkamah syariah. Pendakwaan di mahkamah syariah adalah berpandukan tiga undang-undang utama, iaitu Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah, Unang-undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah. Dalam konteks yang lebih mendalam, Ketua Pendakwa Syarie mempunyai kuasa menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan dan memberhentikan sebarang prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis kandungan yang dikumpul melalui akta, kes-kes, peraturan dan amalan, kajian kepustakaan menerusi tesis, artikel jurnal dan akhbar bagi mendapatkan isu semasa yang melibatkan pendakwaan dan institusi penghakiman Syariah secara traditional dan kontemporari. Dapatan kajian ini mendapati di peringkat pendakwaan syariah, sesuatu aduan atau dakwaan yang telah sempurna syarat-syaratnya hendaklah dikemukakan secara terperinci kepada Hakim atau mahkamah tertentu yang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dakwaan tersebut. Justeru, kesalahaan terhadap agama yang menjadi skop penguatkuasaan adalah merujuk kepada perbuatan dan perlakuan yang berlaku dalam domain awam yang juga berkaitan dengan konsep makruf dan mungkar.


Keywords


pendakwaan; kesalahan jenayah syariah; Mahkamah Syariah Malaysia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.