HAD AL-KIFAYAH DALAM MEMBANGUN SOSIOEKONOMI ASNAF: SOROTAN LITERATUR

Mohd Zaid Mustafar, Rawi Nordin, S. Salahudin Suyurno, Muhammad Taufik Md Sharipp, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz, Muaz Mohd Noor

Abstract


merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang mencukupkan kehidupan seseorang serta ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Realiti masa kini menunjukkan jurang sosioekonomi yang semakin melebar dalam kalangan masyarakat. Impaknya kemiskinan di pelbagai peringkat menjadi begitu ketara dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Kesan kemiskinan ini membawa kepada pelbagai masalah antaranya dalam isu gejala sosial dan pendidikan. Justeru, kertas kerja ini membicarakan tentang konsep had al-kifayah dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat dan potensi had al-kifayah sebagai garis ukur baharu dalam menentukan indeks kecukupan bagi setiap individu. Kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk kepada pelbagai buku, artikel jurnal dan kertas kerja yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seterusnya dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Kertas kerja ini diharap dapat memberi panduan kepada agensi-agensi pelaksana dalam menentukan agihan dana zakat berdasarkan had kecukupan semasa demi untuk menjamin kesejahteraan hidup masyarakat sasar.

Keywords


Had al-Kifayah, Sosioekonomi, Kemiskinan, Asnaf

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.